Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4): Pengurusan Pentadbiran (Tahap Tunggal)

(Kod Kursus: N821-001-3:2020 (Semester 1) & FB-025-4:2012 (Semester 2))

Objektif Kursus

Objektif Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Pengurusan Pentadbiran adalah untuk menjana pelajar yang :-

  • Meningkatkan Kemahiran Professional: Memberikan latihan komprehensif untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan dalam pentadbiran, seperti pengurusan dokumen, komunikasi rasmi, pengurusan sumber manusia, dan perancangan strategik.
  • Pengiktirafan Kompetensi: Mengiktiraf individu yang telah menguasai kemahiran yang diperlukan dalam pengurusan pentadbiran dengan menganugerahkan sijil yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri.
  • Meningkatkan Peluang Kerjaya: Membuka peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta, menyediakan kelayakan yang diperlukan bagi mereka yang ingin meningkatkan kerjaya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
  • Menambah Nilai kepada Organisasi: Menghasilkan individu yang kompeten untuk bekerja dalam organisasi, yang dapat menyumbang kepada peningkatan keberkesanan pengurusan pentadbiran dan meningkatkan produktiviti organisasi.
  • Menggalakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan peningkatan kemahiran dan pembelajaran berterusan dalam pengurusan pentadbiran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan industri.

Sepanjang pengajian pelatih perlu membuat penilaian Core Abilities dan penilaian bagi setiap CoCU

NCS - Core Abilities

Level Tajuk Modul
1 Asas Komunikasi Pekerjaan
Kemahiran Tingkah Laku Personal
Kesedaran Etika di Tempat Kerja
Kesedaran Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar
2 Aplikasi Komunikasi
Tingkah Laku Interpersonal
Tingkah Laku Budaya di Tempat Kerja
Adaptasi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar
3 Komunikasi Efektif
Kesedaran Teknologi Maklumat
Kemahiran Kepimpinan
Etika di Tempat Kerja
Kemahiran Pentadbiran
Kesedaran Perlaksanaan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

Kaedah Penilaian

Semester 1

Komponen Elemen
Penilaian Kerja Kursus (PKK)

Penilaian Pengetahuan (Teori)

- Kertas Tugasan (WIM) - 10%

- Lain-lain - 11%

> Penilaian Teori

> Kuiz

> Laporan Tugasan

- Penilaian Prestasi - 49%

Penilaian Akhir

Penilaian Pengetahuan (Teori) - 9%

Penilaian Prestasi (Praktikal) - 21%

 

Semester 2 

Komponen Elemen
Penilaian Kerja Kursus (PKK)

Penilaian Pengetahuan (Teori)

- Kertas Tugasan (WIM) - 10%

- Lain-lain - 14%

> Penilaian Teori

> Kuiz

> Laporan Tugasan

- Penilaian Prestasi - 36%

Penilaian Akhir

Penilaian Pengetahuan (Teori) - 16%

Penilaian Prestasi (Praktikal) - 24%


Aktiviti Kami

Persijilan

  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam Pengursan Pentadbiran ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Unit Kompetensi

SEMESTER 1

  • C01: Front Counter Operations
  • C02: Office Financial Management
  • C03: Office Procurement Management
  • C04: Office Inventory Management
  • C05: Logistics & Staff Accomodation Management
  • C06: Office Documentation Preparation
  • C07: Supervision of Administrative Preparation

SEMESTER 2

  • C01: Management of Administrative Staff Developemnt
  • C02: Office Asset & Facilities Management
  • C03: Office Inventory Management
  • C04: Office Vendor Administration
  • C05: Office Policies Administration
  • C06: Office Special Project Administration
  • C07: Administrative Staff Performance Appraisal

* TERMASUK 4 MODUL TAMBAHAN TVET DISEDIAKAN DALAM DWIBAHASA UNTUK PELAJAR.

Kelayakan Akademik

  • Warganegara Malaysia
  • Umur antara 16 - 35 tahun
  • Pelajar PMR/PT3/SPM
  • Boleh membaca, menulis, mengira & minat