Institut yang dikenali sebagai KOLEJ GENIUS dimiliki oleh syarikat GENIUS FUTURE EDUCATIONAL CENTRE Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 888210-K) yang ditubuhkan pada tahun 2010. Kolej ini merupakan sebuah pusat bertauliah berdaftar dengan Kod Pusat L02280 di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Kolej ini menawarkan program kemahiran iaitu program TVET bagi golongan belia yang berminat untuk mempelajari bidang teknikal dan kemahiran, program-program yang ditawarkan lebih memfokuskan golongan pelajar yang lemah dalam pelajaran, keputusan SPM yang tidak memuaskan, pelajar yang tidak berminat dalam akademik. Pelajar juga akan menerima sijil dan diploma kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Kolej ini juga menyediakan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Kolej kami mendapati bahawa golongan dinyatakan di atas mempunyai kapasiti, kreadibiliti, kebolehupayaan dan bakat yang tinggi serta boleh dipertingkatkan ke tahap yang maksimum supaya boleh menjadi sumber pekerja yang mahir atau professional dalam bidang yang diceburi. Dalam mengarus perdanakan program TVET kolej ini juga mengambil pelbagai usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, supaya pelajar dapat memasuki ke alam pekerjaan selepas tamat pengajian. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam melahirkan pekerja mahir dan separa mahir dalam meningkatkan ekonomi negara seterusnya dapat menggantikan tenaga pekerja asing. Kerajaan semasa mengambil pelbagai langkah dan strategik untuk mempertingkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk tempatan. Selaras dengan ini, Pusat kami ingin turut serta dalam inisiatif Kerajaan dalam mengejar matlamat berkenaan. Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan oleh Kolej Genius untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan dan didedahkan dengan situasi sebenar dalam bidang information Technology (IT).
Sebagai pusat latihan yang melahirkan generasi belia yang berkemahiran, berpendidikan dan berpandangan jauh untuk memperkembangkan kerjaya selaras dengan perkembangan dunia semasa bagi melahirkan insan yang kreatif dan berdaya saing.