Salam Satu Malaysia
Kolej Genius ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan/Puan kerana melayari laman sesawang Kolej ini. Laman ini secara langsung dapat memberi pengetahuan dan hebahan mengenai program-program dan aktiviti yang dijalankan oleh Kolej Genius. Dengan wujudnya laman sesawang ini, segala maklumat yang diperlukan oleh pihak ibu bapa atau orang luar dapat disampaikan dengan mudah.
Kolej Genius merupakan kolej Kemahiran Swasta dibawah agensi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan merupakan Institusi yang menawarkan kemudahan latihan kemahiran yang berteraskan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
Sehubungan itu, saya berharap matlamat ini dapat menolong bakal-bakal pelajar dan bekas pelajar (ALUMNI) serta orang awam memahami peranan dan tanggungjawab Kolej Genius dalam usaham mendidik dan mempelbagaikan aktiviti bagi membentuk sahsiah diri yang terbaik sebagai modal insane yang berguna untuk masa depan.
Terima Kasih.
"KEMAHIRAN MEMBINA KECEMERLANGAN"
Palani A/L Mahadevan
Pengetua
Kolej Genius