Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dapat kita menggunakan ruang website ini untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat dan segala informasi mengenai kolej ini.
Memalui laman sesawang ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Kolej Genius sebagai salah salah satu kolej menjalankan kursus kemahiran dalam bidang Information technology (IT). Selain itu, malahan kita dapat menyampaikan maklumat terkini selaras dengan perkembangan kolej seiring dengan harapan kolej untuk melahirkan dan mempersiapkan golongan remaja agar mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu sebelum menempuh alam pekerjaan. Saya yakin dan percaya, laman sesawang ini dapat membantu para pengunjung memperolehi informasi terkini dengan lebih mudah.
Untuk pengetahuan semua, Kolej genius menjalankan kursus utama iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) disamping itu, Kolej Genius turut menjalaankan program sampingan bagi golongan belia dan golongan pekerja. Kolej Genius juga telah diiktiraf 5 Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Kemahiran Cemerlang bagi program IT-020 Sistem Komputer.
Tahniah kepada semua warga kakitangan, pendidik dan pelajar Kolej Genius atas usahan anda dalam menjayakan penarafan 5 Bintang tersebut.
Semoga semua maklumat yang disediakan dapat membantu para pengunjung untuk mengenali Kolej Genius dengan lebih dekat.Saya juga amat mengalu-alukan kemasukan pelajar ke Kolej Genius bagi membangunkan sahsiah diri selari dengan pendidikan.
Vilsan Paul A/L Yubok
Pengarah Urusan
Kolej Genius