Latar Belakang

Institut yang dikenali sebagai KOLEJ GENIUS dibawah syarikat GENIUS FUTURE EDUCATIONAL CENTRE Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 888210-K) yang ditubuhkan pada tahun 2010. Institut ini merupakan sebuah pusat bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dengan Kod Pusat L02280.

Institut ini, mencadangkan untuk melaksanakan menambahbaikkan tahap kemahiran untuk golongan belia dan belia yang tercicir pelajaran.

Pusat kami mendapati bahawa golongan dinyatakan di atas mempunyai kapasiti, kreadibiliti, kebolehupayaan dan bakat yang tinggi serta boleh dipertingkatkan ke tahap yang maksimum supaya boleh menjadi sumber pekerja yang mahir atau professional dalam sesuatu bidang kemahiran.

Kerajaan semasa mengambil pelbagai langkah dan strategik untuk mempertingkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk tempatan. Selaras dengan ini, Pusat kami ingin turut serta dalam inisiatif Kerajaan dalam mengejar matlamat berkenaan.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan oleh Kolej Genius untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan dan didedahkan dengan situasi sebenar dalam bidang information Technology (IT).